May 04 2013
Personal UBAH Posts on Facebook
In time for Malaysia’s 13th general election in 2013, I’ve made some posts on personal change in Malay language on Facebook using the currently hot UBAH theme (Ubah means Change).
Ubah #1 – Sembahyanglah sebelum disembahyangkan. Ubahlah sebelum diubahkan. Buatlah sesuatu positif selagi kita masih boleh buat.
Ubah #2 – Dulu di UM tulis karangan falsafah 1,000 patah perkataan kerjanya tak susah. Sekarang nak tulis FB 20 patah pun berminit-minit kena fikir. Sikap acuh tak acuh akibatnya masa perlu guna bahasa tak fasih. Ubahlah sikap kita, ubahnya tindakan kita, maka ubahlah hasil kejayaan dalam kehidupan kita.
Ubah #3 – Kita orang Malaysia kurang baca buku. Namun, berapa banyak kita baca tak sepenting berapa banyak kita laksanakan dalam kehidupan. Ubahlah menjadi pembaca dan juga pelaksana demi masa depan kita.
Ubah #4 – Belum kuasai bahasa kebangsaan sendiri, usah nak pelajari apa-apa bahasa asing. Aku rakyat Malaysia, bukan Jepun, Korea atau Thai. Bahasa kita didahului, budaya kita diutamakan.
Ubah #5 -
Hujan lebat jalan sesak,
Makan cili rasa pedas.
Sampai rumah hati senang,
Kalau kesal taubat sajalah.
Ubah #6 – Cemburu kerana kurang keyakinan. Degil kerana penuh ketakutan. Ubah demi kebaikan. Tukar demi kejayaan.
Ubah #7 – Tiada siapa yang akan menghormati kita jika kita tidak mahu mengubah minda sendiri demi masa depan kita.
Ubah #8 – Makan bola, Minum bola, Tidur bola. Kalau boleh ubah sikit jadi Makan buku, Minum buku, Tidur pun buku, kejayaan tidak jauh lagi.
Ubah #9 – Aku bukan orang sempurna, sering ada bersalah. Ibubapa pun tak sempurna, mungkin ada berdosa. Tiada siapa mahu jadi buruk, kita semua mahu hidup bahagia. Maafkanlah ibubapa kita, berkat bermula generasi kita.
Ubah #10 – Durian mencabar mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena. Orang yang enggan berubah dengan masa, memujuk tidak rasa, kena pujuk pun tiada rasa.
Ubah #11 – Semua boleh buat, tapi bukan semua berfaedah. Semua boleh makan, tapi bukan semua berkhasiat. Semua boleh cakap, tapi bukan semua menggalakkan. Semua boleh dengar, tapi bukan semua memanfaatkan.
Ubah #12 – Rehat bukan semata-mata lepak. Rehat demi perjalanan lebih panjang. Ubah bukan semata-mata ubah. Ubah demi potensi kejayaan dalam kita.
Ubah #13 – Hati cinta sejati tapi tak dibalas, hancurkan lalu kehidupan baru boleh dimulakan. Pokok besar tapi sakit tak berbuah, tumbangkan lalu landskap taman boleh disusun semula.
Ubah #14 – Yang lepas usah nak sesal. Yang akan datang usah nak risau. Apa akan jadi 10 tahun nanti pada diri kita, keluarga kita dan kerjaya kita adalah kerana pilihan kita setiap masa sekarang.
Let me end with one more post in English.
The world is changing, people are advancing. If we are not adjusting, then we are perishing. Have an open mind, adapt to the time. Execute a personal UBAH plan.

